Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Harga RON95, RON97 dan Diesel Kekal

By 18 November 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik Kementerian Kewangan

PUTRAJAYA, 18 Nov (Malaysiaaktif) – Harga runcit petrol bagi RON 95 dan RON97 masing-masing kekal RM2.05 dan RM3.08 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 November.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan semalam memaklumkan harga runcit diesel juga kekal RM2.15 seliter untuk tempoh sama.

“Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, langkah berkenaan bertujuan melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

Kerajaan akan sentiasa memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda