Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

98 Peratus Warga KEMAS Lengkap Divaksin

By 3 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

TANAH MERAH, 3 Nov (Malaysiaaktif) – Hampir 98 peratus daripada keseluruhan 25,000 pegawai dan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) seluruh negara telah menerima suntikan vaksin COVID-19 ketika ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Mohamad Yasid Bidin, berkata baki yang belum divaksin itu disebabkan beberapa faktor termasuk masalah kesihatan.

“Pengambilan vaksin adalah penting untuk diri dan keluarga kerana ini merupakan usaha dan iktihar untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19 daripada terus merebak.

Ketua Pengarah KEMAS bergambar dengan tetamu jemputan.

Ketua Pengarah KEMAS bergambar dengan tetamu jemputan.

“Kita juga perlu berdoa agar kita semua selamat dan dilindungi selalu,” katanya ketika merasmikan Program Komuniti Sejahtera KEMAS Peringkat Negeri Kelantan di Perkarangan Tabika KEMAS Bukit Kechik, di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Bukit Kechik Mohd Nor Hassan, 61, berkata hampir keseluruhan penduduk di kampung di sini telah mengambil vaksin dan hanya beberapa orang yang tidak mengambilnya disebabkan masalah kesihatan.

“Demi menyahut seruan kerajaan, hampir semua penduduk di kampung ini telah mengambil vaksin agar COVID-19 dapat dicegah pada peringkat awal lagi untuk memudahkan kita keluar bekerja dan bergerak ke mana saja dengan selamat tanpa rasa takut,” katanya.

Acara menarik pukat beramai-ramai.

Acara menarik pukat beramai-ramai.

Pegawai Polis Unit Jenayah Daerah Tanah Merah Inspektor Hasmiza Saudi, ketika ditemui berpuas hati dengan program yang diadakan kerana mengikut SOP yang telah ditetapkan.

“Saya berpuas hati dan berterima kasih kepada semua kerana telah mengikut SOP yang ditetapkan, cuma berharap agar mereka yang tidak mengambil vaksin agar segera mengambil vaksin demi keselamatan semua,” ujarnya.

-RI

Tinggalkan komen anda