Laporan/foto: Malini Md Yunos/Sapar Sutir (Rembau)
REMBAU, 4 Nov (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Rembau mengadakan majlis Apresiasi meraikan rakan strategik terdiri daripada ketua-ketua jabatan dari 14 agensi di Rembau yang banyak menyokong, bekerjasama dan berkolaborasi menjayakan pelbagai aktiviti dan gerak kerja pada tahun ini.
Selaras dengan objektif Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) menyediakan medium saluran komunikasi yang membentuk minda masyarakat melalui pengisian program berbentuk ceramah dan bersemuka bersama masyarakat merupakan salah satu acara tahunan.
Majlis tersebut juga bertujuan bagi menterjemahkan penghargaan selain merapatkan hubungan silaturrahim antara agensi di peringkat daerah dalam sesi libat urus Pejabat Penerangan Rembau bersama ketua-ketua jabatan yang diangkat sebagai rakan strategik yang diraikan hari ini dalam suasana yang sepakat dan mesra, lebih santai.
Selain itu, program hari ini juga merupakan salah satu medium terbaik untuk memasarkan maklumat berkaitan isu semasa, dasar-dasar serta inisiatif kerajaan selain bertukar pendapat dan maklumbalas tentang dasar kerajaan semasa.
Menurut Pengarah Penerangan Negeri Sembilan, Shahnon Mohamad, program ini amat bermakna kerana walaupun negara menghadapi pandemik, Penerangan dengan bantuan rakan-rakan agensi seperti RELA, APM, Pejabat Kesihatan, Perpaduan sentiasa menyokong program yang dianjurkan walaupun berlangsung semasa keadaan negara dalam usha menangani wabak COVID-19.
“Alhamdulillah tiada isu ketidakpatuhan berbangkit sepanjang tempoh PKP berlaku di Rembau. Semoga keadaan sekarang ini kekal dan kejelekitan kerja bersama-sama akan terus kekal sebagai budaya yang baik,” ujarnya ketika ditemui selepas program Apresiasi, di sini kelmarin.
Tambahnya lagi, tujuan program adalah untuk meraikan ketua jabatan dan agensi peringkat daerah yang diangkat sebagai rakan strategik selain menghargai segala jasa pada semua pihak agensi yang bersama dalam usaha memastikan masyarakat selamat dan beliau berharap semoga negara berlalih daripada fasa pandemik ke fasa endemik dengan segera.
Seramai 70 orang yang terdiri daripada ketua ketua jabatan serta anggota hadir ke majlis ini. Turut diadakan penyerahan sijil penghargaan kepada ketua ketua jabatan di daerah Rembau selain aktiviti cabutan bertuah kepada peserta yang hadir.
-FF