Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Peningkatan Kualiti Pembetungan Objektif Utama Transformasi Sektor Air 2040

By 23 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 23 Nov (Malaysiaaktif) – Usaha memodenisasikan sistem pembetungan awam menjadi objektif utama dalam merealisasikan agenda Transformasi Sektor Air 2040 yang diperkenalkan menerusi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pelaburan lebih RM800 juta diperuntukkan di bawah Rolling Plan Kedua (RP2) tahun depan bagi meningkatkan kualiti pembetungan negara.

“Kementerian Alam Sekitar dan Air berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan pembetungan selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari Keenam iaitu memastikan akses kepada air bersih dan sanitasi untuk semua.

“Inisiatif ini disokong melalui pelaburan besar berjumlah lebih RM800 juta di bawah RP2 RMK12. Perkhidmatan pembetungan juga merupakan salah satu komponen kritikal dalam merealisasikan Transformasi Sektor Air 2040,” katanya ketika merasmikan majlis pelancaran Galeri Pembetungan Indah Water Konsortium (IWK) sempena Hari Tandas Sedunia 2021 hari ini.

Sementara itu, bersempena Hari Tandas Sedunia, Tuan Ibrahim mencadangkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengguna semula efluen terawat dikeluarkan loji rawatan kumbahan di bawah selenggaraan IWK bagi kegunaan landskap tanaman.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif IWK Narendran Maniam dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda