Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Projek Amal NGO Perkasa Pendidikan Kanak-Kanak Salvation Army

By 17 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat (Sarawak)

KUCHING, 16 Nov (Malaysiaaktif) – Penganjuran Program melibatkan komuniti khususnya golongan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dalam usaha memberi peluang sama rata untuk mereka mendapatkan pendidikan yang sempurna perlu dipergiatkan.

Pengerusi Kuching Love Book Association, Mary Lo berkata, pendidikan merupakan elemen penting dalam melahirkan pemimpin pada masa hadapan dan mengubah nasib seseorang.

“Saya percaya pendidikan adalah senjata yang paling kuat untuk mengubah sosio ekonomi dan status seseorang.

“Projek amal ini adalah kerjasama di antara persatuan tersebut dan 38 Yayasan Amal Cinta yang baru setahun ditubuhkan.

“Ia diasaskan oleh tiga ahli perniagaan iaitu Datuk Seri Ho Kim Hee, Datuk Seri Chan Leng Sam dan Datuk Seri Voon Thien Loong,” kata Mary, 49, ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Gambar kenang-kenangan Toh Puan Raghad (tengah) bersama Mary Lo (kiri), Pengerusi Persatuan Kuching Love Book Association dan 38 Yayasan Amal Cinta.

Gambar kenang-kenangan Toh Puan Raghad (tengah) bersama Mary Lo (kiri), Pengerusi Persatuan Kuching Love Book Association dan 38 Yayasan Amal Cinta.

Inisiatif utama projek amal ini adalah untuk mendorong para kanak-kanak yang kurang bernasib baik agar terus menimba ilmu tanpa merasakan kekurangan dalam diri mereka.

“Majlis simbolik penyerahan sumbangan 112 unit komputer tablet, dua unit komputer desktop dan seunit mesin cetak melibatkan tiga rumah kanak-kanak adalah julung kali diadakan.

“Pada masa yang sama, projek ini melibatkan perbelanjaan lebih daripada RM70,000,” ujar Mary.

Penyerahan sumbangan peranti ICT ini melibatkan tiga buah rumah kanak-kanak dimana 42 buah tablet diberi kepada The Salvation Army Kuching Children’s Home, 30 buah tablet untuk Salvation Army Boys Home dan 40 buah tablet, 2 desktop dan seunit mesin cetak diserahkan kepada Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah Kuching.

“Saya berharap agar golongan ini boleh memberi balik kepada komuniti apabila mereka berjaya kelak supaya amalan seperti ini dapat diteruskan sampai bila-bila,” ujar Mary.

Terdahulu, majlis ini disempurnakan oleh isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Raghad Kurdi Taib di Rumah Kanak-Kanak The Salvation Army Kuching.

-ZS-

Tinggalkan komen anda