Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Standard Mandatori EMF Baharu Berkuat Kuasa 1 November

By 2 November 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 2 Nov (Malaysiaaktif) – Standard Mandatori untuk Pancaran Medan Elektromagnet (EMF) dari Infrastruktur Komunikasi Radio (MS EMF) baharu akan dikuat kuasa bermula semalam.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan semalam memaklumkan MS EMF baharu ini dikemas kini dengan had pendedahan EMF terkini, berpandukan garis panduan Suruhanjaya Antarabangsa Terhadap Perlindungan Radiasi Tidak Mengion (ICNIRP), yang diterbitkan pada 2020.

“MS EMF baharu ini juga turut merujuk kepada penanda aras antarabangsa yang juga mengambil kira teknologi semasa dan masa hadapan untuk memantapkan aspek-aspek pelaksanaan, pemantauan dan penilaian EMF agar ia lebih sistematik dan berkesan,” menurut kenyataan itu.

MS EMF adalah penting bagi memantau pelepasan frekuensi radio EMF oleh pihak penyedia perkhidmatan serta menjamin keselamatan orang awam seiring perkembangan semasa teknologi komunikasi termasuk pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini tidak lama lagi.

Menurut SKMM, penyediaan MS EMF baharu ini dibuat melalui Siasatan Awam bermula dari 19 Julai hingga 17 September lepas.

Laporan akhir Siasatan Awam disediakan SKMM mengikut Seksyen 65 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 boleh diakses di pautan https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/PIR_Revision_MS_EMF.pdf.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda