Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

5,058 Kes Baharu, Jumlah Kumulatif 2,683,523 Kes

By 11 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 11 Dis (Malaysiaaktif) – Sebanyak 5,058 kes baharu COVID-19 dicatatkan semalam menjadikan jumlah kumulatif kes kini adalah 2,683,523 kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi kenyataan situasi COVID-19 semalam, beliau berkata 80 kes atau 1.6 peratus daripada kes baharu yang dilaporkan adalah kategori tiga, empat dan lima manakala 4,978 kes atau 98.4 peratus lagi berada dalam kategori satu dan dua.

Beliau berkata daripada 5,058 kes baharu itu, 5,041 adalah kes tempatan dan 17 adalah kes import, manakala sebanyak 393 kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 212 memerlukan bantuan pernafasan.

Bagi kes sembuh yang dicatatkan adalah 4,997 menjadikan keseluruhan kes yang telah pulih sebanyak 2,591,819 kes.

Selain itu, tujuh kluster baharu dikenal pasti dan jumlah kluster yang masih aktif di seluruh negara adalah 250 kluster.

Beliau berkata nilai Rt (kadar kebolehjangkitan) Malaysia setakat kelmarin adalah 0.97.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda