Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Alatan Pembersihan Bantu Belia Tambah Pendapatan

By 21 Disember 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Muhammad Naim (Jempol)

JEMPOL, 21 Dis 2021 (Malaysiaaktif) – Seramai 110 orang belia dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Palong telah menerima peralatan pembersihan seperti pam racun dan juga mesin rumput pada petang semalam.

Majlis Penyerahan peralatan tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Jempol, Dato’ Mohd Salim Shariff di Dewan Semai Bakti, Felda Palong 3. Dalam ucapan perasmian beliau, Mohd Salim menyatakan bahawa penyerahan peralatan pembersihan ini sebagai satu galakan kepada belia dalam DUN Palong untuk terus berkhimat kepada masyarakat setempat. “Diharapkan dengan penyampaian peralatan barangan ini dapat memberikan sumber pendapatan kepada penerima. Oleh itu, jagalah peralatan ini dengan baik kerana setidak-tidaknya ia dapat membantu menambah ekonomi keluarga”, ujar beliau lagi.

Sementara itu, Mustapha Nagoor yang merupakan ADUN kawasan Palong merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen Jempol kerana meyumbangkan peruntukan yang besar kepada dun palong terutama belia-belia di kawasan ini. Menurut beliau, “kita telah rancang sejak 7 bulan yang lalu dan akhirnya ahli parlimen bersetuju untuk memberikan peruntukan sebanyak RM100,000 ribu kepada DUN Palong untuk merealisasikan hasrat ini”.

Kata beliau lagi sebanyak 110 alatan pembersihan yang terdiri daripada 52 pam racun dan 52 mesin rumput telah di agihkan kepada para penerima dan beliau mengharapkan kepada semua penerima untuk terus memberikan komitmen kepada masyarakat dan dalam masa yang sama boleh mencari inisiatif untuk menambahkan pendapatan sampingan.

Bagi penerima Mohamad Rohaizam, 32 beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Adun Kawasan Palong dan juga Ahli Parlimen Jempol kerana sentiasa membantu warga belia terutama di Felda Palong kerana dengan adanya sumbangan ini dapat lah para belia menjana pendapatan sampingan kerana jika diikutkan rata-rata belia dikawasan ini hanya bekerja biasa sahaja.

-FF

Tinggalkan komen anda