Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Kebun Komuniti MyINSPARK Desa Permai Kundur

By 13 Disember 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Nasrul Abdul Hamid (Rembau)

REMBAU, 13 Dis 2021 (Malaysiaaktif) – Penduduk bersama ahli jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Permai Kundur telah berganding bahu dan menggembeling tenaga menyertai perasmian Kebun Komuniti Taman Desa Permai Kundur yang diadakan kelmarin.

Menurut Pengerusi KRT Taman Desa Permai Kundur Ibrahim Md Jadi, berkata konsep Kebun Komuniti ini terhasil bersempena dengan penganugerahan sebagai Taman Inspirasiku (MyINSPARK) yang diberikan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan (SWCorp) daerah Rembau.

“Setelah diberi pengiktirafan sebagai Taman Inspirasiku (MyINSPARK), gerak kerja untuk menubuhkan kebun komuniti ini telah dilakukan dan cetusan idea ini adalah hasil buah fikiran daripada ahli-ahli jawatankuasa.

“Maka pada hari ini, perasmian Kebun Komuniti dapat dijalankan hasil kolaborasi bersama KRT Taman Desa Permai Kundur dan SWCorp daerah Rembau dan dengan kewujudan Kebun Komuniti ini, pihak Jabatan Pertanian Daerah Rembau juga menaruh keyakinan untuk bekerjasama dengan komuniti kami bagi menambah baik dari segi penanaman pada masa akan datang,” ujarnya ketika ditemui.

Penduduk Menanam Benih Sayuran

Penduduk Menanam Benih Sayuran

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Penguatkuasa SWCorp Negeri Sembilan, Mohd Saifulrizal Zainol dalam ucapan berkata, Taman Desa Permai Kundur ini wajar dijadikan role model taman perumahan.

“Apa yang saya boleh sifatkan adalah Taman Desa Permai Kundur ini perlu dijadikan sebagai taman perumahan contoh kepada taman-taman perumahan yang lain kerana taman ini sememangnya sangat bersih dan pengurusan sisa pepejal bagi penduduk ini sangat teratur.

“Dengan insfrastrukturnya yang baik, suasana atau keadaan sekeliling yang tiada timbunan daun-daun atau sampah sarap menunjukkan bahawa sikap kebersihan penduduk komuniti ini berada pada tahap yang tertinggi,” katanya dalam ucapan perasmian.

Perasmian Kebun Komuniti diserikan lagi dengan aktiviti penanaman sayur-sayuran oleh penduduk komuniti disamping aktiviti pengumpulan barangan kitar semula juga diadakan dimana penduduk membawa barangan yang boleh dikitar semula untuk ditukar kepada wang tunai.

Penduduk Memberikan Barangan Kitar Semula

Penduduk Memberikan Barangan Kitar Semula

Turut hadir menyerikan majlis perasmian ini adalah Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Rembau.

-FF

Tinggalkan komen anda