Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Majlis Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Program Vaksinasi Daerah Jempol

By 9 Disember 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Zuraida Md Nor Aidi / Mohd Naim Shaari (Jempol)

JEMPOL, 9 Dis (Malaysiaaktif) – Sebagai manifestasi kepada kerja keras, iltizam dan komitmen yang tinggi yang telah ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 melalui pemberian vaksinasi khususnya di daerah Jempol, majlis apresiasi yang sederhana tetapi cukup bermakna buat para petugas barisan hadapan telah diadakan di Dewan Besar, Pejabat Daerah Jempol.

Menurut Nawal Mohamed Amin, Pegawai Daerah Jempol, untuk menguruskan pandemik COVID-19 bukanlah sesuatu yang mudah dan pada permulaannya kita semua agak bingung kerana tidak mempunyai pengalaman untuk menguruskan pandemik yang sangat merbahaya dan boleh mengancam nyawa.

“Bukan sahaja tidak mempunyai pengalaman namun berdepan juga dengan cabaran untuk memvaksinasi kepada seramai lebih kurang 90 ribu orang di seluruh Jempol sangat memerlukan kesabaran, perancangan serta penyelarasan yang sangat rapi bagi memastikan perlaksanaannya berjalan dengan lancar dan matlamat untuk memvaksinasi penduduk didaerah ini tercapai,” katanya ketika berucap, di sini kelmarin.

Menurutnya lagi, beliau amat berbesar hati dan amat berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha untuk memastikan seluruh masyarakat didaerah ini mendapat vaksinasi yang lengkap dan ianya satu kejayaan besar apabila kita telah berjaya untuk memvaksin hampir 80 peratus penduduk yang layak di daerah ini dan ianya tidak akan berjaya tanpa bantuan dan kerjasama dari semua pihak.

“Sesungguhnya peperangan dan perjuangan ini masih belum selesai, sahabat kita di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masih dalam usaha memberikan vaksin penggalak (booster), kemudian cabaran varian baru pula datang menguji, serta kes harian masih lagi diawasi dan semoga diberi kekuatan kepada PKD serta agensi penguatkuasa yang terlibat dalam pematuhan SOP.

“Apa yang paling penting, kita perlu sentiasa berusaha untuk menjadikan persekitaran kita ini selamat dan menyediakan masa depan yang terbaik buat negara kita”, tambahnya lagi.

Sebanyak 25 jabatan dan agensi telah mendapat sijil penghargaan dan cenderahati dari Pentadbiran Daerah Jempol dan majlis turut dihadiri oleh Pegawai Kesihatan Daerah Jempol Dr. Zaza Hulwanie binti Dato’ Dr. Mohd Zaini.

-FF

Tinggalkan komen anda