Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kemalangan Ragut Nyawa Kanak-Kanak 9 Tahun

By 9 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam (Batu Pahat)/Zulkiflee Abd Latif  (Ketua Kampung Bindu) 

BATU PAHAT, 9 Dis (Malaysiaaktif) – Kemalangan yang melibatkan sebuah lori simen dan enam buah kereta telah berlaku di persimpangan lampu isyarat Bindu Batu Pahat, petang semalam.

Kejadian ini berlaku apabila lori simen yang hilang kawalan berlanggar dengan sebuah Proton Wira sehingga menyebabkan lima buah kenderaan lain turut berlanggar sesama sendiri kerana tidak sempat mengelak.

Menurut Timbalan Penguasa Bomba 2 Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram PPgB2 Firdaus Ahmad, mangsa seorang ibu dan dua orang anak yang menaiki Proton Satria cedera parah akibat tersepit telah di bawa ke Hospital Sulatanah Nora Ismail oleh orang awam bagi mendapatkan rawatan.

“Seorang kanak-kanak yang parah dalam kemalangan tersebut telah meninggal dunia di hospital malam tadi,” katanya ketika dihubungi wartawan Malaysia Aktif, di sini, semalam.

Keadaan Proton Satria yang dinaiki oleh keluarga Allahyarhamah Yasmin Zahrah.

Keadaan Proton Satria yang dinaiki oleh keluarga Allahyarhamah Yasmin Zahrah.

Pegawai Penyiasat Trafik Batu Pahat Inspektor Mohd Hisham Izahar yang dihubungi berkata, jenazah mangsa kemalangan, Yasmin Zahrah Hairul, 9, yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Puteri Batu Pahat telah dikebumikan kira-kira jam 10 malam tadi.

“Manakala mangsa yang lain, Muhammad Irfan Ziqri Hairul, 7, dan ibunya Yusrina Zainal Abidin, 38, telah di hantar ke Johor Bahru bagi rawatan selanjutnya,” ujarnya.

Hasil siasatan mendapati kemalangan ini berpunca dari lori yang hilang kawalan akibat kegagalan fungsi brek.

Pemandu lori direman empat hari bagi siasatan lanjut.

-NI-

Tinggalkan komen anda