Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Misi Kemanusian dan Prihatin Negeri Perlis

By 24 Disember 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat (Kangar) 

KANGAR, 24 Dis (Malaysiaaktif) – Misi Kemanusian dan Prihatin Negeri Perlis merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Selangor yang mengalami kesulitan akibat bencana yang melanda baru-baru ini.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man yang mengetuai misi ini, terdapat tiga kategori bantuan yang akan diberikan kepada mangsa-mangsa banjir tersebut.

“Pertamanya, bantuan di dalam bentuk wang tunai yang akan digunakan untuk membeli barangan mentah dan makanan segar untuk mangsa-mangsa banjir.

“Yang kedua dalam bentuk barangan keperluan seperti selimut, tikar getah serta dapur dan juga bantuan untuk membersihkan kawasan banjir seperti rumah, masjid atau surau yang telah ditetapkan oleh pihak yang mengurus bencana di kawasan yang terlibat,” katanya ketika ditemui pada Misi Kemanusian dan Prihatin Negeri Perlis di Dataran Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, di sini, semalam.

Misi ini akan berada di kawasan Dusun Tua Hulu Langat Selangor selama dua hari dua malam bagi membantu kerja-kerja pembersihan.

Misi ini akan berada di kawasan Dusun Tua Hulu Langat Selangor selama dua hari dua malam bagi membantu kerja-kerja pembersihan.

Tambah beliau, sumbangan ini datangnya dari kerajaan negeri, syarikat-syarikat korporat dan individu-individu di negeri ini.

“Saya menganggarkan sebanyak RM300,000 sahaja sumbangan yang diterima bagi nilai barangan dan wang tunai untuk misi ini namun difahamkan jumlah kutipan telah melebihi setengah juta ringgit setakat hari ini.

“Pihak kami juga turut menerima sumbangan daripada individu-individu yang membekalkan keperluan pakaian untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir,” ujarnya.

Azlan berkata, seramai 200 ahli yang menyertai misi ini secara secara sukarela yang mana majoriti mereka dijemput secara maya di laman media sosial baru-baru ini.

“Mereka telah memberikan komitmen yang sangat positif bagi menjayakan misi ini dan ada yang telah bertolak ke negeri Selangor,” tambahnya.

Misi ini akan berada di kawasan Dusun Tua Hulu Langat Selangor selama dua hari dua malam bagi membantu kerja-kerja pembersihan dan penyerahan barangan sumbangan akan di diadakan di salah sebuah sekolah di kawasan Hulu Langat pada pagi Jumaat ini.

-NI-

Tinggalkan komen anda