Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Penubuhan Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Disokong Penuh – Rakyat

By 9 Disember 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Emylia Lot / Tengku Saipulah Tengku Mohamed (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 9 Dis (Malaysiaaktif) – Majoriti masyarakat setempat menyokong penuh kewujudan Komuniti Keluarga Malaysia (KKM), sebagai medium yang digunakan oleh kerajaan dalam memastikan penyampaian maklumat yang pantas, tepat dan mudah difahami rakyat.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Hishamuddin Abdul Karim, berkata kewujudan komuniti ini di setiap daerah mampu berperanan sebagai saluran menyampaikan maklumat yang bukan sahaja segera tetapi benar kepada masyarakat setempat.

“Penubuhan tiga komuniti di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) ini akan memainkan peranan yang besar di dalam mengekang penyebaran maklumat palsu secara meluas.

“Saya kira ini antara usaha yang amat baik diperkenalkan pihak Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen),” katanya ketika berucap merasmikan Taklimat dan Mesyuarat Penubuhan KKM di sini, semalam.

Ahli Jawatankuasa Komuniti khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM), Jabatan Penerangan Negeri Terengganu,  Saharrudin Mohamed.

Ahli Jawatankuasa Komuniti khusyuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM), Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Saharrudin Mohamed.

Katanya, di antara Komuniti Keluarga Malaysia yang saling bertungkus lumus di dalam usaha ini, tiga darinya ditubuhkan di DUN Tepoh yang melibatkan 30 Ahli Jawatankuasa untuk tiga buah komuniti iaitu KKM Tuan Guru Haji Abbas di Kampung Tok Jiring, KKM Tok Sheikh Duyong di Kampung Bukit Berangan dan KKM Abdul Rahman Limbong di Kampung Gong Pak Jin.

Sementara itu, Pengerusi KKM Abdul Rahman Limbong, Yusri Yusof, berkata penubuhan KKM adalah tepat pada masanya, apabila secara tidak langsung dapat meningkatkan kefahaman rakyat sekaligus menangani penularan berita palsu dan maklumat tidak benar dalam kalangan masyarakat.

“KKM juga bertindak sebagai pemangkin dalam membantu memperkasakan daya saing komuniti setempat dalam bidang sosioekonomi sejajar dengan perkembangan ekonomi digital pada masa kini,” katanya.

Tambah Yusri, tiga pendekatan yang ditetapkan melibatkan Pemasaran Maklumat, Penerapan Patriotik dan Kenegaraan serta Komuniti Digital dilihat mampu melahirkan komuniti bermaklumat, sekaligus membina jaringan komunikasi sebagai agen perubahan idealogi.

Tiga Komuniti iaitu  KKM Tuan Guru Haji Abbas, Kampung Tok Jiring, KKM Tok Sheikh Duyong, Kampung Bukit Berangan dan KKM Abdul Rahman Limbong, Kampung Gong Pak Jin begitu semangat untuk mengerakan komuniti ini aktif dan mencapai matlamat.

Tiga Komuniti iaitu KKM Tuan Guru Haji Abbas, Kampung Tok Jiring, KKM Tok Sheikh Duyong, Kampung Bukit Berangan dan KKM Abdul Rahman Limbong, Kampung Gong Pak Jin begitu semangat untuk mengerakan komuniti ini aktif dan mencapai matlamat.

Di samping itu, Pengerusi KKM Tok Sheikh Duyong, Abdullah Ibrahim, berkata kewujudan KKM ini mampu menyemai semangat Keluarga Malaysia supaya perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini terus kukuh.

“Sebagai contoh, kami di sini melibatkan kaum Cina setempat untuk bersama-sama bergading bahu bagi melaksanakan konsep Keluarga Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM), JaPen Terengganu, Saharrudin Mohamed menyampaikan taklimat mengenai Penubuhan Komuniti Keluarga Malaysia pada majlis tersebut.

Katanya, objektif penubuhan ini akan memberi fokus kepada nilai kebersamaan, keterangkuman dan kesyukuran yang menjadi benih mencambahkan penyatuan rakyat Malaysia selama ini.

Tinggalkan komen anda