Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Taklimat SPPP untuk Pelajar IPT Sepenuh Masa Dan Usahawan Kumpulan B40

By 15 Disember 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 15 Dis (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menganjurkan sesi Taklimat Skim Pendaftaran Prihatin (SPPP) peringkat nasional di bawah Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) khas untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sepenuh masa dan usahawan dari kumpulan B40 di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Bukit Anak Dara, Kijal.
Menurut Pengurus PEDi Kampung Bukit Anak Dara, Nur Hadani Rosli, 29, berkata taklimat ini dibuat secara maya dan juga secara terus kepada para usahawan, bakal usahawan dan individu yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan kecil mahupun besar.

Nur Hadani Rosli, 29, Pengurus Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Bukit Anak Dara, Kijal.

Nur Hadani Rosli, 29, Pengurus Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Bukit Anak Dara, Kijal.

“Taklimat ini bertujuan memperkenalkan SPPP kepada golongan sasaran iaitu usahawan B40 dan pelajar IPTA/ IPTS/ Kolej/ Pusat Kemahiran dan sebagainya secara sepenuh masa dan mengikuti pengajian di dalam negara termasuk mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan inisiatif ini,” katanya.

Antara kemudahan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia(PEDi).

Antara kemudahan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia(PEDi).

Seorang peserta yang merupakan suri rumah, Roszalina Abd Rahim, 31, berkata dia datang untuk mendengar taklimat ini sebagai persediaan untuk menceburi bidang perniagaan.

Roszalina Abd Rahim,31, Surirumah, berkata taklimat ini berkongsi maklumat mengenai pendaftaran perniagaan secara atas talian.

Roszalina Abd Rahim,31, Surirumah, berkata taklimat ini berkongsi maklumat mengenai pendaftaran perniagaan secara atas talian.

“Taklimat ini sangat bagus kerana ada menunjukkan kaedah dan cara bagaimana untuk mendaftar perniagaan secara atas talian dengan mudah dan pantas,” katanya.

Sementara itu, Umar Mohd Romzi, 26, kakitangan awam pula berkata orang akan lebih yakin dengan produk dan perniagaan apabila kita membuat mendaftaran SPPP ini.

Umar Mohd Romzi, 26, Kakitangan Awam berkata orang akan lebih yakin dengan produk perniagaan sekiranya berdaftar dengan SPPP.

Umar Mohd Romzi, 26, Kakitangan Awam berkata orang akan lebih yakin dengan produk perniagaan sekiranya berdaftar dengan SPPP.

“Bukan itu sahaja, ia juga akan memudahkan urusan dan membuka peluang kita untuk mendapat tender,” ujarnya.

Seorang penuntut di IPT Swasta, Khairulanam Azman,18, berpendapat dengan mendengar taklimat ini dia lebih yakin untuk menjalankan perniagaan bagi menampung kos pengajiannya nanti.

Katanya, dia juga akan berkongsi maklumat yang diterima dengan ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Tinggalkan komen anda