Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

UAE Hulur Bantuan Kemanusiaaan di Pahang

By 30 Disember 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Izarina Kulub Mat Isa / Muhd Syafiq Irman Ali

BENTONG, 30 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 128 keluarga mangsa banjir di Bentong adalah antara penerima sumbangan bantuan kemanusiaan yang dihulurkan oleh Bulan Sabit Merah Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut Menteri Besar Pahang , Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam hantaran di Facebook, beliau berterima kasih atas sumbangan yang dihulurkan kepada mangsa banjir di Pahang.

“Terima kasih kepada Kerajaan Emiriah Arab Bersatu yang sentiasa prihatin kepada keadaan mangsa banjir di Pahang,” tulis beliau.

Antara sumbangan yang diberikan termasuklah kit kebersihan asas dan lengkap, tilam, selimut, tandas, dan staples makanan berupa nasi, makanan bertin, tepung, biskut dan gula.

Sumbangan bantuan ini akan diagih ke sembilan daerah di Pahang iaitu Kuantan,Temerloh ,Bentong,Jerantut,Bera,Pekan,Raub,Lipis dan Maran.

Menurut rekod, banjir yang melanda daerah Bentong baru-baru  ini dianggap paling teruk pernah dialami yang menjejaskan 1800 keluarga dengan kiraan keseluruhan 5200 mangsa banjir di daerah Bentong sahaja.

KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan mencemar duli menyambut kedatangan Ketua Delegasi Bulan Sabit Merah Emiriah Arab Bersatu (UAE) Tuan Fahad Abdelrahman Yousif Sultan Alhammadi bagi memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Pahang.

Turut hadir Duta UAE ke Malaysia Khalid Ghanim Mohammed Alghaith.

-AH-

Tinggalkan komen anda