Skip to main content
Berita TimurTerengganu

119 Ketua Isi Rumah Terima Bantuan Wang Ihsan

By 30 Disember 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Zulkifli Othman/Mahadi Mustafa (Dungun)

DUNGUN, 30 Dis, (Malaysiaaktif) – Seramai 119 Ketua Isi Rumah (KIR) dari tiga kampung terjejas banjir fasa kedua yang lepas menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) dalam Program Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Monsun Timur Laut (MTL) Daerah Dungun yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja di sini, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Daerah Dungun merangkap Pegawai Daerah Dungun, Anuar Awang, berkata 119 Ketua Isi Rumah (KIR) melibatkan 374 orang mangsa dari Kampung Minda, Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor yang berada di Hulu Dungun.

Petugas dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Dungun bertugas bagi memastikan perjalanan majlis berjalan lancar.

Petugas dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Dungun bertugas bagi memastikan perjalanan majlis berjalan lancar.

“Setiap KIR yang terlibat akan menerima wang tunai sebanyak seribu ringgit,” katanya.

Katanya, fasa kedua banjir yang melanda di kawasan tersebut telah bermula pada 17 hingga 22 Disember yang lalu melibatkan tiga keluarga seramai 13 mangsa dari Kampung Minda, 71 keluarga seramai 205 orang di Kampung Pasir Raja dan 45 keluarga seramai 126 orang.

“Sekarang semua KIR yang terkesan akibat bencana wajar menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) setiap kali ditimpa musibah berbanding kelayakan sebelum ini yang hanya diberikan sekali pada tempoh bencana,” kata Shahdan Musa, 55, penerima bantuan tersebut.

Shahdan Musa mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas Bantuan Wang Ihsan kepada penduduk kampung yang terjejas akibat banjir.

Shahdan Musa mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas Bantuan Wang Ihsan kepada penduduk kampung yang terjejas akibat banjir.

Dalam pada itu, dia turut berterima kasih kepada kerajaan pusat di atas bantuan yang diberikan kepada semua mangsa yang terlibat dalam bencana juga kepada semua agensi yang terlibat dalam menjalankan tugas semasa banjir yang berlaku sebelum ini.

Sementara itu, Roziwati Mohd Hatar, 31, memberitahu bantuan yang diterima ini dapat meringankan perbelanjaan keluarga mereka untuk membeli barangan keperluan yang rosak akibat bencana termasuk barang persiapan persekolahan anak-anak.

Roziwati Mohd Hatar berkata bantuan ini dapat meringkan keluarga untuk persiapan anak-anak ke sekolah.

Roziwati Mohd Hatar berkata bantuan ini dapat meringkan keluarga untuk persiapan anak-anak ke sekolah.

Mengulas mengenai bencana banjir yang berlaku baru-baru ini, Penghulu Mukim Jengai, Yulandee Che Mohd, 45, berkata kerjasama antara penduduk kampung yang sangat baik merupakan kunci kepada kejayaan dalam urusan berkaitan bencana banjir di sini.

Yulandee Che Mohd memaklumkan kerjasama antara penduduk kampung yang sangat baik memastikan kejayaan dalam urusan berkaitan bencana banjir.

Yulandee Che Mohd memaklumkan kerjasama antara penduduk kampung yang sangat baik memastikan kejayaan dalam urusan berkaitan bencana banjir.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Terengganu, Dr. Abdul Hazif Abd. Hamid dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.

Tinggalkan komen anda