Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

387 Individu Penerima Bantuan Pencen Rakyat Negeri Terengganu

By 17 Januari 2022Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/ Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Tunggal (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 387 Individu menerima bantuan pencen rakyat Negeri Terengganu peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), Bukit Tunggal seperti yang dijanjikan kerajaan negeri ketika pembentangan Belanjawan Terengganu 2022 yang lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak, berkata bantuan itu dikhususkan kepada rakyat Terengganu yang berusia 60 tahun ke atas yang sudah bersara dan tidak menerima mana-mana bantuan daripada agensi kerajaan negeri mahupun persekutuan.

“Semua penerima yang layak akan menerima bantuan RM50 sebulan dan kerajaan negeri membuat keputusan untuk melakukan pembayaran sebanyak RM300 bagi setiap penerima,” katanya.

387 individu penerima bantuan rakyat mendaftar di kaunter pendaftaran untuk menerima pencen rakyat.

387 individu penerima bantuan rakyat mendaftar di kaunter pendaftaran untuk menerima pencen rakyat.

“Rasa bahagia melihat kebajikan rakyat terus dijaga bersama tanpa meminggirkan golongan warga emas dan semoga hasrat kerajaan negeri merealisasikan slogan ‘Maju Berkat Sejahtera’ tercapai dengan memenuhi segala tuntutan syariatnya,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Sementara itu, penerima bantuan, Mohamad Mohd Zain, 75, berkata dia berasa bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana sentiasa ke hadapan dalam memikirkan kebajikan rakyat ketika ini.

“Warga emas yang tidak mempunyai pekerjaan tetap seperti kami ini, pastinya sukar untuk mendapatkan bantuan kewangan secara berkala,” katanya ketika ditemui selepas menerima bantuan berkenaan di Majlis Penyerahan Pencen Rakyat.

Tambah Mohamad, dia berasa bertuah kerana ketika keadaan ekonomi yang genting di saat wabak pandemik COVID-19 melanda, masih ada bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri.

Jusoh Ghani, 68, berasa bertuah kerana terpilih untuk menerima bantuan pencen rakyat Negeri Terengganu.

Jusoh Ghani, 68, berasa bertuah kerana terpilih untuk menerima bantuan pencen rakyat Negeri Terengganu.

Bagi Jusoh Ghani, 68, pula, bantuan pencen rakyat ini sangat membantu beliau dan keluarga apabila menerima pencen berkenaan setiap bulan.

“Kami bersyukur dan gembira apabila kerajaan negeri sentiasa mewujudkan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat bagi memastikan kebajikan kami terus dibela,” katanya.

Menggulas mengenai bantuan rakyat berkenaan, antara syarat lain ialah bukan penerima pencen di samping bantuan bulanan daripada agensi kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Terengganu (Maidam), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan lain-lain.

-ZS-

Tinggalkan komen anda