Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Kesedaran Integriti kepada Kontraktor dan Pembekal Bawah Pejabat Daerah Dungun

By 17 Januari 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zulkifli Othman/Mahadi Mustafa (Dungun)

DUNGUN, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Program Kesedaran Integriti kepada kontraktor dan pembekal bawah Pejabat Daerah Dungun telah diadakan bertempat di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu bersama Pejabat Daerah Dungun, baru-baru ini.

Penolong Kanan Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal), Azadi Rosli, berkata tujuan utama program ini diadakan adalah bagi memberi kesedaran kepada kontraktor agar sedar kepentingan intergriti dalam menjalankan tugas.

“Program diadakan bertujuan memberi penerangan juga kesedaran mengenai kepentingan sikap integriti di kalangan kontraktor yang telah diberikan kepercayaan dalam penugasan tertentu,” katanya.

Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal), Azadi Rosli memaklumkan program yang diadakan bagi memberi kesedaran kepada kontraktor dan pembekal dalam menjalankan tugas.

Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal), Azadi Rosli memaklumkan program yang diadakan bagi memberi kesedaran kepada kontraktor dan pembekal dalam menjalankan tugas.

Beliau yang mewakili Pegawai Daerah Dungun juga menambah sikap intergriti dalam tugas yang dijalankan akan memberi hasil kerja yang baik dan sempurna.

Sementara itu, menurut peserta program, Mohammad Azhar Zukiran Abdullah, 30, menjelaskan program seumpama ini sangat baik dan dapat memberi peringatan kepada kontraktor dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Mohd Solahuddin Rahim, 36, pula menjelaskan sikap integriti sedikit sebanyak akan memberi gambaran kepada orang lain berkaitan hasil kerja dan diri kita sebenarnya.

“Orang akan menilai diri kita dan siapa kita yang sebenarnya melalui amalan dan sikap jujur dan prinsip yang kita pamerkan dalam setiap hasil kerja kita,” katanya.

Mohd Ashraf Hazif Baharuddin menjelaskan Ikrar Bebas Rasuah seumpama janji yang perlu diingatkan dalam menjalankan tugas.

Mohd Ashraf Hazif Baharuddin menjelaskan Ikrar Bebas Rasuah seumpama janji yang perlu diingatkan dalam menjalankan tugas.

Mohd Ashraf Hazif Baharuddin, 30, yang mengetuai bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR), berkata Ikrar seumpama janji yang kita ucapan dan kita mesti ingat dan menunaikan ikrar tersebut.

“Banyak maklumat yang saya peroleh melalui pengisian program seperti ini,” katanya.

Antara pengisian program adalah ceramah integriti yang disampaikan oleh Ketua Unit Integriti Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Mohd Juhari Ab.Kadir dan juga dibantu oleh fasilitator oleh Pegawai Undang-Undang Perbadanan Mamajukan Iktisad Negeri Terengganu, Nor Shahrina Sarifudin.

Turut hadir dalam program tersebut adalah Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan, Unit Integriti, Prestasi dan Kaunseling, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Nasran Abd. Halim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda