Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Thaipusam: SOP Ketat Demi Keselamatan, Kesihatan

By 17 Januari 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

BATU CAVES, 17 Jan (Malaysiaaktif ) – Penganut agama Hindu melahirkan perasaan gembira apabila kerajaan memberi kebenaran sambutan perayaan Thaipusam di kuil tahun ini.

Mereka yang ditemui di Kuil Sri Subramaniam, di sini majoritinya melahirkan perasaan tersebut walaupun terpaksa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Pemegang Amanah Kuil Sri Subramaniam, Datuk Sivakumar R.Nadarajah, berkata pihaknya berterima kasih apabila kerajaan memberi kebenaran sambutan Thaipusam namun mengakui berhadapan dengan cabaran.

Pemegang Amanah Kuil Sri Subramaniam, Datuk Sivakumar R.Nadarajah.

Pemegang Amanah Kuil Sri Subramaniam, Datuk Sivakumar R.Nadarajah.

“Cabaran utama adalah untuk menerangkan kepada penganut mengenai SOP ketat sedangkan mereka telah berpuasa dan ingin menunaikan hajat mereka.

“Terdapat pengunjung yang keliru antara SOP Thaipusam dan Pelan Pemulihan Negara ( PPN ) Fasa Empat,” katanya.

Menurutnya, beliau turut mengakui SOP tersebut demi kebaikan semua penganut yang hadir serta mengelakkan penularan COVID-19.

Siva Punniam Subramniam.

Siva Punniam Subramniam.

“Kami perlu menambah petugas yang berkebolehan menjelaskan tentang SOP ini sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berharap penganut dapat mematuhi semua SOP sambutan Thaipusam yang ditetapkan dan mereka juga boleh hadir ke kuil tersebut selepas 19 Januari ini.

Seorang pengunjung, Siva Punniam Subramaniam, 38, berkata beliau merasa lega selepas kerajaan memberi kebenaran setelah dua tahun tidak dapat berbuat demikian walaupun setiap tahun melakukannya sebelum ini.

IMG-20220117-WA0016

“Saya ikut semua SOP yang ditetapkan bermula di pintu masuk utama, ketika menaiki tangga sehingga sampai di bahagian atas.

“Terima kasih kerajaan yang memberi kebenaran ini dan saya berdoa supaya wabak COVID-19 ini akan berakhir secepat mungkin,” katanya yang berasal dari Batu Caves.

Seorang lagi pengunjung, Devan Gurunadan, 31, pula berkata SOP yang ketat bagi menjamin keselamatan dan kesihatan setiap pengunjung di kuil berkenaan.

“Kita hanya perlu ikut semua SOP dan dapat menyambut perayaan ini dengan selamat,” katanya yang tinggal di Subang Jaya.

Sementara itu, perarakan pedati (chariot) yang membawa arca Dewa Murugan dari kuil Jalan Bandar ke Batu Caves tiba jam 4 pagi hari ini.

Perarakan sejauh 13 kilometer bermula malam tadi diiringi 100 orang yang terdiri pengurusan kuil dan berhenti di 10 lokasi ditetapkan sahaja seperti SOP yang diumumkan kerajaan.

-RI

Tinggalkan komen anda