Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Insentif Pengeluaran Getah bagi Disember 2021 Tidak Diaktifkan

By 3 Januari 2022Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 3 Jan (Malaysiaaktif) – Lembaga Getah Malaysia (LGM) hari ini memaklumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil tidak teraktif bagi Disember 2021 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

LGM dalam kenyataannya menjelaskan, mulai Januari 2019, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 Percuma Atas Kapal (FOB) berada pada paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang berada pada paras RM2.50 sekilogram ke bawah.

“Harga purata peringkat ladang bagi getah sekerap pada Disember 2021 untuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak, masing-masing pada RM2.90, RM2.60, RM2.65 sekilogram,” katanya.

Sehubungan itu, LGM berkata tiada pembayaran dilakukan untuk tempoh bulan tersebut.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda