Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Program Dapur Rakyat Dan Ziarah Prihatin YADIM Kepada Yang Memerlukan

By 3 Januari 2022Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mahadi Mustafa (Dungun)/Pejabat Penyelaras DUN Bukit Besi

DUNGUN, 1 Jan, (Malaysiaaktif)– Sebanyak 1,200 bungkusan berisi barangan keperluan dapur disumbangkan kepada mangsa banjir dalam Program Dapur Rakyat YADIM dan Ziarah Prihatin telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Shukor, di sini, baru-baru ini.

Program ini adalah anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Terengganu bersama Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri Bukit Besi.

Program Dapur Rakyat YADIM disempurnakan oleh Ahli Parlimen  Dungun di Kampung Shukor, Dungun.

Program Dapur Rakyat YADIM disempurnakan oleh Ahli Parlimen Dungun di Kampung Shukor, Dungun.

Menurut Wan Hassan Mohd Ramli ketika merasmikan program, sumbangan yang diberikan dapat menyerlahkan nilai prihatin agensi kerajaan kepada masyarakat melalui program khidmat bakti sosial dan kepedulian dalam komuniti.

“Selain itu, ia dapat menjalinkan kerjasama strategik diperingkat kementerian, jabatan, persatuan, komuniti dan masyarakat setempat melalui pendekatan dakwah,” katanya.

Tambah beliau, program ini diadakan untuk menyantuni serta meringankan beban keluarga mangsa banjir yang terkesan dan misi bantuan bencana banjir.

Penerima yang hadir bagi menerima sumbangan.

Penerima yang hadir bagi menerima sumbangan.

Katanya, YADIM telah menyediakan 1,200 bungkusan barang dapur berbentuk barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak dan keperluan lain untuk diagihkan kepada penduduk yang terlibat dengan banjir di Kampung Shukor dan Kampung Pasir Raja.

Dalam pada itu, Pengarah YADIM Terengganu, Nasrul Hadi Saiadin turut menyampaikan Kit Musa’adah YADIM kepada 113 penerima dan mengadakan ziarah bagi tujuan agihan sumbangan.

Seorang penerima bantuan, Zakaria Manaf, 58, mengucapkan terima kasih kepada YADIM dan semua pihak yang berkaitan di atas sumbangan yang diberikan.

Zakaria Manaf ketika menerima sumbangan. Dia berterima kasih di atas sumbangan yang diberikan.

Zakaria Manaf ketika menerima sumbangan. Dia berterima kasih di atas sumbangan yang diberikan.

“Sumbangan yang diberikan kepada kami, mangsa bencana banjir mengambarkan keprihatinan kerajaan dalam menyelami kesusahan rakyat semasa bencana berlaku,” kata salah seorang penerima bantuan, Wan Zarina Wan Mohd Akbar, 48.

Wan Zarina berkata sumbangan ini mengambarkan keprihatinan kerajaan dalam menyelami kesusahan rakyat.

Wan Zarina berkata sumbangan ini mengambarkan keprihatinan kerajaan dalam menyelami kesusahan rakyat.

Tengku Mohd Zulkurnain Tengku Man, 55, berkata “Alhamdulillah, syukur, sumbangan ini dapat menjimatkan perbelanjaan kami. Selepas banjir minggu lepas, barang dapur adalah satu keperluan untuk ada dalam rumah,” katanya.

Tengku Mohd Zulkurnain Tengku Man berkata sumbangan ini dapat menjimatkan  perbelanjaan harian mereka.

Tengku Mohd Zulkurnain Tengku Man berkata sumbangan ini dapat menjimatkan perbelanjaan harian mereka.

Turut hadir, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Bukit Besi, Ghazali Sulaiman dan wakil Pegawai Daerah Dungun.

Tinggalkan komen anda