Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Penduduk Teruja Dapat Bersama TYT Dalam Kayuhan Santai

By 10 Januari 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Abd Aziz Osman (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 10 Jan (Malaysiaaktif) – Penduduk sekitar Pinang Tunggal melahirkan rasa teruja dan gembira apabila dapat beriadah secara santai bersama Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak menerusi aktiviti Sunset Ride@Pinang di sini semalam.

Rata-rata penduduk yang ditemui melahirkan rasa teruja dan tidak menyangka TYT sudi hadir melakukan kayuhan santai bersama penduduk setempat.

Hampir 100 peserta yang merupakan peduduk sekitar hadir pada 5.00 petang bagi bersama-sama TYT untuk menyertai Kayuhan Santai di Tapak Eco Pelancongan Pinang Tunggal.

TYT (tengah) berkenan menyampai basikal tajaan RK Chain kepada anak-anak Asnaf.

TYT (tengah) berkenan menyampai basikal tajaan RK Chain kepada anak-anak Asnaf.

Kawasan Pinang Tunggal merupakan salah satu tempat menarik yang boleh dijadikan kawasan pelancongan baharu di negeri Pulau Pinang kerana mempunyai tanah yang subur dan tinggalan sejarah yang belum diterokai dan diketahui umum.

Exco Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Soon Lip Chee berkata pada tahun 2020 pihaknya telah malancarkan laluan kayuhan basikal di sekitar Kampung Permatang Saga, Kampung Ekor Kucing, Kampung Bukit Sementol dan Pesisir Sungai Muda.

“Berikutan itu, pihak kami telah mendapat cetusan ilham bagi menjemput TYT beriadah di sini sambil menikmati keindahan alam dan secara tidak langsung dapat beramah mesra bersama penduduk sekitar.

Sebahagian peserta yang mengikuti aktiviti tersebut.

Sebahagian peserta yang mengikuti aktiviti tersebut.

“Ini merupakan aktiviti pertama TYT bersama penduduk Pinang Tunggal sejak dilantik menjadi Gabenor Negeri Pulau Pinang yang baharu pada tahun lalu,”katanya.

Dalam pada itu, sebanyak 10 buah basikal turut diserahkan kepada anak-anak Asnaf di kawasan sekitar dan basikal tersebut disumbangkan oleh Syarikat RK Takasago Chain.

Kayuhan santai itu berakhir pada 7.20 petang di lokasi bersejarah Era Penjajahan British dan Siam iaitu Batu Bertanda British Siamese Boundary di Kampung Terat Batu.

Hadir sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Timbalan Ketua Menteri 1 yang juga merangkap Ahli Parlimen Pinang Tunggal Dato’ Haji Ir Zakiyuddin Haji Abd Rahman.

Tinggalkan komen anda