Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Hari Pertama Persekolahan Murid Tabika

By 10 Januari 2022Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 10 Jan (Malaysiaaktif) – Tanggal 9 Januari menyaksikan kanak-kanak tabika dan prasekolah dibenarkan ke sekolah sepenuhnya dan memerlukan mereka mempraktikkan amalan norma baharu.

Amalan norma baharu yang perlu diamalkan seperti mengambil suhu badan sebelum masuk ke kawasan sekolah, tangan dibasuh menggunakan sabun atau pencuci tangan serta mematuhi penjarakan sosial satu meter antara rakan-rakan.

Sesi pembelajaran sedang berjalan.

Sesi pembelajaran sedang berjalan.

Menurut guru tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KEMAS), Nur Asmahani Anuar, 42 dia bersetuju dengan pembukaan sekolah secara penuh untuk pelajar tabika dan prasekolah kerana kanak-kanak telah banyak ketinggalan dalam semua mata pelajaran.

“Sekiranya dibiarkan berlarutan dan kanak-kanak tidak dihantar ke tabika, mereka akan menjadi kurang berkeyakinan dengan diri mereka sendiri untuk berhadapan dengan guru-guru.

Guru Tabika  Jabatan Kemajuan Masyarakat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KEMAS), Nur Asmahani Anuar, 43 bersetuju dengan pembukaan tabika secara penuh.

Guru Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KEMAS), Nur Asmahani Anuar, 43 bersetuju dengan pembukaan tabika secara penuh.

“Jika sebelum ini kanak-kanak boleh bermain dengan kawan-kawan seperti kejar-mengejar, dengan amalan norma baharu, mereka perlu mengawal diri supaya tidak bermain secara dekat dan mengamalkan penjarakan satu meter antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Bagi Nadira Wan Amirul, 6, pelajar tabika, berkata dia tidak sabar mahu berjumpa dan bermain dengan kawan-kawannya kerana sudah lama tidak berjumpa.

Nadira Wan Amirul, 6, pelajar tabika luah rasa seronok dapat bertemu rakan-rakan di tabika.

Nadira Wan Amirul, 6, pelajar tabika luah rasa seronok dapat bertemu rakan-rakan di tabika.

“Rasa gembira kerana dapat jumpa kawan-kawan dan cikgu secara bersemuka dan dapat belajar di sekolah buatkan saya mudah bangun pagi ini untuk pergi ke sekolah,” katanya.

Sementara itu, Islam Saiful Adha, 6, pula berkata dia begitu bersemangat untuk pergi ke sekolah kerana selain dapat berjumpa kawan-kawan, perkara yang paling seronok bagi dirinya ialah dapat makan bubur nasi yang dibuat oleh Pembantu Tadika yang mesra disapa sebagai Acik Na oleh kanak-kanak di tabika tersebut.

Islam Saiful Adha, 6, pelajar tabika, paling seronok ke tabika kerana dapat makan bubur nasi kegemarannya.

Islam Saiful Adha, 6, pelajar tabika, paling seronok ke tabika kerana dapat makan bubur nasi kegemarannya.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menunda pembukaan sekolah penggal ketiga yang sepatutnya bermula pada 2 Januari kepada 9 Januari 2022 bagi negeri-negeri Kumpulan A, iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu susulan banjir besar yang telah melanda di kebanyakan negeri.

Tinggalkan komen anda