Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program Bas Perak Sejahtera Mudahkan Urusan Harian Penduduk Sekitar Bawong

By 17 Januari 2022Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Ridhuan Samuel/Shahrul Azril Sulaiman (Kuala Kangsar)

BAWONG, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Melalui Program Bas Perak Sejahtera, pemilihan Sungai Siput terutama kawasan Bawong merupakan satu rahmat yang cukup besar yang diterima penduduk sekitar, sekaligus bakal memudahkan urusan harian lebih 15,000 penduduk di kawasan ini.

Perkhidmatan bas henti-henti ini, hanya mengenakan bayaran sebanyak RM1 bagi laluan sehala selebihnya akan ditanggung oleh pihak kerajaan negeri yang mana inisiatif ini di umumkan di bawah Belanjawan Perak 2022 yang bertujuan meningkatkan perhubungan kawasan bandar dan luar bandar.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri, Datuk Haji Mohd Zolkafly Harun dalam petikan ucapannya menzahirkan rasa keterujaan dan mengucapkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar Perak kerana memilih Sungai Siput sebagai salah satu kawasan yang diluluskan peruntukan bagi Program Bas Perak Sejahtera.

Gimik perasmian Bas Perak Sejahtera.

Gimik perasmian Bas Perak Sejahtera.

Selain itu, beliau juga turut mengucapkan penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini antaranya Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat Kewangan Negeri Perak, Agensi Pengankutan Awam Darat (APAD), Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar serta Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) dalam memastikan Program Bas Perak Sejahtera dapat dilaksanakan dalam tahun ini.

“Sebagai wakil rakyat Lintang, saya harapkan dengan kemudahan perkhidmatan Bas Perak Sejahtera ini mampu memberi keselesaan kepada seluruh warga Lintang terutamanya di kawasan Bawong.

“Selain dari kemudahan Bas Perak Sejahtera ini, infastruktur asas yang serba moden dan tersergam di Orang Asal One Stop Centre (OAOSC) ini juga merupakan salah satu manfaat yang perlu dibanggakan penduduk Orang Asal di kawasan ini” tambahnya lagi.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembanguan) Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia, Encik Zamri Mustajap sedang menyampaikan ucapan Aluan.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembanguan) Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia, Encik Zamri Mustajap sedang menyampaikan ucapan Aluan.

Turut hadir dalam Majlis Pelancaran Bas Perak Sejahtera yang berlangsung pagi semalam, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia, Zamri Mustajap, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Tpr. Zulqarnain Mohamad, Ketua Pengurusan Bas Perak Transit, Lai Wei Lun serta Ketua Penolong Pegawai Daerah, Mohd Azhar Alias.

-ZS-

Tinggalkan komen anda