Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Agong Berkenan Saksi Persembahan Demonstrasi Antikeganasan PDRM

By 7 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyaksikan persembahan demonstrasi antikeganasan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam demonstrasi itu, Al-Sultan Abdullah dipersembahkan dengan aksi operasi khas menyelamat tebusan dan menahan sekumpulan pengganas disusuli acara pertunjukan aset keselamatan milik PDRM.

Demonstrasi berkenaan dijayakan oleh seramai 220 anggota Unit 69 Komando (VAT 69), pasukan komando Unit Tindakan Khas (UTK) serta Pasukan Gerakan Am, ‘Tiger Platoon’.

Al-Sultan Abdullah turut diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Baginda dalam pada itu turut berkenan melawat reruai berkaitan demonstrasi antikeganasan di Pulapol sebelum berangkat pulang.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda