
Laporan/Foto: Rose Rasidi/Pejabat YB Cameron Highlands
CAMERON HIGHLANDS, 21 Feb (Malaysiaaktif) – 20 buah rumah di Perkampungan Orang Asli Pos Telanok terjejas dilanda ribut lewat petang semalam.
Kesemua mangsa yang terlibat dari Kampung Renglas dan Kampung Sungai Loon, POS Telanok ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Kampung Renglas.
Ahli Parlimen Cameron Highlands YB Dato’ Ramli Dato Mohd Nor turut meninjau dan membantu menghulurkan bantuan segera kepada mangsa yang terlibat dengan menyampaikan bantuan kewangan antara RM300 ke RM7,000 di PPS pada hari ini.
“Diharapkan sumbangan ini dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mangsa ribut yang terlibat,” ujarnya.
-ZS-