Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)
MELAKA, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Berikutan amaran dikeluarkan oleh Meteorologi Malaysia bagi Negeri Melaka, ribut petir jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam.
Beberapa kawasan di Negeri Melaka dilanda ribut petir petang tadi yang mengakibatkan pokok tumbang dan kerosakan kediaman.
Menurut Penghantar Makanan, Azam Yak Mat, hujan lebat dan angin kencang berserta petir berlaku lebih sejam hingga memaksa saya berteduh di stesen minyak berhampiran untuk berlindung.
“Kepada pengguna jalanraya harus berhati-hati, saya mendapat maklumat beberapa kawasan berlakunya pokok tumbang, semoga semua selamat,” ujarnya.
-ZS-