Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Muhyiddin Positif COVID-19

By 9 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 9 Feb (Malaysiaaktif) – Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengesahkan dirinya positif COVID-19, selepas melakukan ujian Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

Menerusi catatan di laman Facebook beliau, bekas perdana menteri itu memaklumkan beliau akan menjalani kuarantin kendiri di rumah, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM).

“Alhamdulillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik,” menurut catatan itu.

Muhyiddin turut meminta mereka yang berkemungkinan menjadi kontak rapatnya, untuk mematuhi SOP yang ditetapkan KKM.

Beliau juga memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatannya dan keluarga.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda