Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Foodtruck di Dataran Pantai Kuala Kemasik

By 24 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Jualan foodtruck ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep perniagaan yang lebih efisyen dan inovatif dengan menggunakan trak sebagai tempat berniaga selain mempromosikan perniagaan menggunakan trak serta membuka peluang kepada usahawan untuk meluaskan rangkaian perniagaan.

Jualan Foodtruck Di Dataran Kuala Kemasik ini telah bermula pada 16/2/2022 setiap hari Rabu bermula pukul 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam.

Pengunjung komuniti setempat dan dari luar juga datang untuk menikmati jualan pelbagai jenis aneka makanan dan minuman di sini.

Usaha murni ini adalah kerjasama antara pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kemasik dengan Persatuan Foodtruck Terengganu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda