Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Aktiviti ‘Beach Trail’ Tanjung Batu Berpotensi Jadi Tarikan Pelancongan

By 24 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Aktiviti ‘Beach Trail’ atau menjejak pantai di kawasan pesisir Pantai Tanjung Batu dan Pantai Tanjung Taras berpotensi besar dijadikan salah satu aktiviti bagi pelancong yang datang ke pulau itu.

Selain kawasan pantai yang indah, tarikan utamanya adalah kawasan geotapak Tanjung Batu yang menjanjikan keunikan pelbagai bentuk batuan formasi belait hasil enapan laut cetek yang berusia 15 juta tahun.

Kawasan pesisir pantai yang dapat dilalui ketika air laut surut itu juga memperlihatkan tafoni batuan berbentuk otak manusia yang amat jarang ditemui di tempat lain.

Laluan pesisir pantai itu juga akan bertemu dengan kawasan pesisir pantai Nagalang dan Tanjung Aru yang mana sering menjadi lokasi para pemburu foto keindahan matahari terbit dan Gunung Kinabalu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda