Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Gunung Tama Serian Lokasi Menarik Buat Pendaki

By 23 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ibnu Munir (Sarawak)

SERIAN, 23 Feb ( Malaysiaaktif ) – Bagi yang menggemari aktiviti lasak, anda boleh cuba untuk mendaki Gunung Tama, Kampung Mawang Tahup, Serian.

Dengan ketinggian 478 meter di atas permukaan laut, Gunung Tama ialah lokasi pendakian tahap sederhana buat peminat sukan mendaki.

Pemandangan berlatar belakangkan padi bukit yang keemasan dan hutan belantara menjadikannya lokasi panorama yang menarik atau ‘Insta Worthy’ untuk dimuat naik dalam media sosial.

Pendaki juga boleh merasai pengalaman mandi di air terjun Bukang atau melawat sekitar kawasan Kampung Mawang Tahup.

-ZS-

Tinggalkan komen anda