Laporan/foto: Mohd. Yusof Abd. Samad (Tangkak)
TANGKAK, 9 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan komited dalam memastikan sektor ekonomi negara dalam keadaan terbaik.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kerajaan lebih mementingkan usaha menangani COVID-19 dan membangunkan ekonomi rakyat.
“Bantuan Prihatin Rakyat, Pemerkasa dan sebagainya yang melibatkan RM530 billion adalah antara inisiatif dalam membantu ekonomi rakyat,” katanya yang ditemui sempena Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bersama-sama Industri Kecil Sederhana (IKS) di Dewan Jubli Intan Tangkak, di sini baru-baru ini.
-RI