
https://www.facebook.com/malaysiaaktif.official/posts/320941466713897
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat (Perlis)
ARAU, 8 Feb ( Malaysiaaktif) – Seorang pengusaha tanaman padi di negeri ini masih mengekalkan kaedah lama iaitu dengan membanting padi biarpun kaedah tersebut telah lama digantikan dengan penggunaan mesin.
Mohd Noor Ismail, 62, atau dikenali dengan panggilan Pak Anjang dan pasangannya Rinson Othman atau Mak Anjang, 58, yang telah mengusahakan tanaman ini sejak berpuluh tahun dahulu masih memilih menggunakan kaedah membanting padi bagi mendapatkan padi benih.
“Menggunakan kaedah tradisional lebih memberi kepuasan dalam mendapatkan hasil benih padi tersebut, walaupun ia sedikit memenatkan namun ia bagaikan senaman yang memberi kesihatan kepada kami.
“Semoga lebih ramai generasi muda menceburi bidang pertanian kerana pertanian adalah perniagaan,” katanya yang ditemui di sawah miliknya, di sini baru-baru ini.
-ZS-