Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

KPPPASM Hulur Sumbangan Kepada Mangsa Banjir

By 7 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd. Irman/Nol Ainil Hayati (Pahang)

TEMERLOH, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Kesatuan Pemandu-pemandu Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia (KPPPSAM) santuni lima ahli kesatuan di Temerloh yang terlibat dalam bencana banjir di Pahang baru-baru ini.

Menurut Pengerusi KPPPASM Mohd Khalid bin Jamal, kedatangan mereka bagi menyantuni mangsa-mangsa banjir yang merupakan anggota KPPPASM di daerah ini dan Temerloh adalah lokasi pertama yang mereka kunjungi baru-baru ini.

Seramai 25 orang sukarelawan menyertai misi bantuan ini.

Pegawai Penerangan Daerah Temerloh Mohd Subhi bin Abang turut meraikan kedatangan sukarelawan ke daerah ini dan menzahirkan ucapan terima kasih atas keprihatinan mereka.

-RI

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda