Skip to main content
HomeKedahMA

Perahu Purba 200 Tahun Dijumpai di Sungai Ketil

By 7 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Rashidi Che Sa/Amran Mohamad Kamis (Baling)

BALING, 6 Feb (Malaysiaaktif) – Kampung Lela, Kupang, Baling menjadi tumpuan orang ramai khususnya di tebing Sungai Ketil bagi melihat sendiri sebuah perahu purba yang dianggarkan berusia 200 tahun yang dijumpai Rabu lalu.

Penduduk kampung yang menjumpai perahu tersebut Khairul Zamri, 36, berkata perahu sepanjang sembilan meter itu ditemui di tebing Sungai Ketil ketika beliau dan rakan-rakan datang untuk menjala ikan.

Pegawai Daerah Baling Mohamad Shahadan Abdullah ( dua dari kiri) dan Timbalan Pesuruhjaya Warisan ,Mohd Muda ( 3 dari kiri) melihat perahu yang di jumpai

Pegawai Daerah Baling Mohamad Shahadan Abdullah (dua dari kiri) dan Timbalan Pesuruhjaya Warisan, Mohd Muda (tiga dari kiri) melihat perahu yang dijumpai.

“Kami mengambil masa hampir dua jam untuk menggali tanah lumpur di tebing Sungai Ketil bagi mengeluarkan rangka penuh perahu tersebut dan dikeluarkan sepenuhnya dengan bantuan penduduk kampung keesokan harinya.

“Kami terus menghubungi Pejabat Daerah dan Tanah Baling bagi memaklumkan penemuan ini dan ia dipanjangkan terus kepada Jabatan Muzium Negeri Kedah bagi tindakan selanjutnya,” ujarnya ketika ditemui di kampung tersebut, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda