Laporan/foto: Alizan Sulong (CMS Terengganu)
KUALA TERENGGANU, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Air nira kelapa atau lebih dikenali dengan air tuak dalam kalangan penduduk tempatan sering menjadi pilihan masyarakat di negeri Terengganu.
Seorang penyadap kelapa, Zabawi Mohd Razi, 57, mengambil peluang mencari rezeki dengan memanjat pokok kelapa di Kampung Kelulut Marang, bagi mendapatkan air nira.
“Setiap hari, saya akan memanjat lapan batang pokok pada sebelah pagi dan lapan batang lagi pada sebelah petang dan sebanyak 15 liter nira dapat dikutip setiap hari dan air nira tersebut akan ditapis dan dibotolkan sebelum dijual.
“Nira yang dihasilkan melalui mayang kelapa mempunyai rasa manis setelah melalui beberapa proses,” katanya ketika ditemui di kampung tersebut, di sini semalam.
-RI