
Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)
YAN, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Hujan lebat beserta angin kencang telah mengakibatkan lapan buah rumah di empat mukim rosak teruk akibat kejadian ribut pada pukul 4 petang melibatkan Mukim Sala Besar, Mukim Sungai Limau, Mukim Sungai Daun dan Mukim Yan.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Yan, Kapten (PA) Norlizawati Binti Ismail berkata, kejadian tersebut menyebabkan kebanyakan bumbung rumah penduduk kampung diterbangkan angin.
“Tiada kecederaan yang dilaporkan walaupun kebanyakan rumah mangsa dimasuki air akibat bumbung mereka diterbangkan angin kencang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semua mangsa ribut itu dinasihatkan membuat laporan polis. Setakat ini, mereka berada dalam keadaan selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya lagi ketika dihubungi.
-ZS-