Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Taklimat dan Undian Bazar Ramadan Tampin

By 25 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noraini Mohd Nasir (Tampin)/Majlis Daerah Tampin

TAMPIN, 25 Feb (Malaysiaaktif) – Majlis Daerah Tampin (MDT) telah mengadakan Sesi taklimat dan Undian Bazar Ramadan kepada semua peniaga yang bakal menjalankan aktiviti perniagaan sewaktu bulan Ramadan, bermula April nanti.

Sesi taklimat dan undian ini telah berlangsung selama tiga hari iaitu bermula 22 Februari hingga 24 Februari 2022 (semalam) dan dibahagikan mengikut kawasan DUN masing-masing.

Selain taklimat berkaitan tapak Bazar, pihak MDT turut menjemput pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Tampin untuk menyampakan taklimat berkaitan cara menjaga kebersihan premis serta pengendalian makanan dengan betul.

Dalam masa yang sama, wakil daripada PDRM turut dijemput bagi menjelaskan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang terkini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda