Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Majlis Apresiasi Hargai Petugas Barisan Hadapan

By 9 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Luqman Hakim/Hazlina Tajuddin (Selangor)

SERDANG, 9 Feb (Malaysiaaktif) – Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu MAEPS 2.0 mengadakan Majlis Apresiasi sebagai tanda penghargaan kepada petugas-petugas barisan hadapan yang bertugas di sini, semalam.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr. Aminuddin Hassim, berkata semangat juang dan kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh petugas barisan hadapan di PKRC ini amatlah dihargai dan menjadikan pusat kuarantin tersebut beroperasi dengan baik sehingga hari ini.

“PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 melabuhkan tirai secara rasminya semalam selepas diaktifkan semula pada 9 Disember 2020 yang lalu,” katanya ketika ditemui sempena majlis di PKRC tersebut, di sini semalam.

Turut hadir, Pengarah PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 Dr. Shahabudin Ibrahim, Pengarah Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr. Mohd Fikri Ujang serta beberapa ketua agensi lain.

-RI

Tinggalkan komen anda