Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

MARA Corp. Disiasat Isu Dokumen Dalaman Tular

By 5 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 5 Feb (Malaysiaaktif) –Β Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah memulakan siasatan lanjut di MARA Corp. bagi meneliti dokumen-dokumen berkaitan untuk memastikan pengurusan syarikat sentiasa berlandaskan tadbir urus yang baik.

Pengerusinya, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata pihaknya memandang serius terhadap kejadian penyebaran dokumen pentadbiran dalaman kepada pihak awam yang menimbulkan persepsi negatif terhadap MARA dan anak syarikat berkaitan.

β€œSekiranya wujud sebarang salah laku dalam tadbir urus anak syarikat di bawah agensi ini, MARA sesekali tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana individu yang terlibat atas prinsip menjunjung nilai integriti dalam melaksanakan amanah yang diberikan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata keseluruhan anak syarikat MARA dikawal selia mengikut Akta Syarikat 2016 dan sentiasa mengutamakan amalan integriti yang tinggi dalam organisasi.

Azizah juga menafikan wujud salah guna kuasa atau salah urus tadbir susulan dokumen dalaman anak syarikatnya tular dalam media sosial yang mendakwa wujud isu integriti membabitkan beberapa pegawainya.

–BERNAMA

Tinggalkan komen anda