Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

MyCC Tubuh Pasukan Khas Siasat Isu Industri Ayam dan Telur

By 1 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 1 Feb (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat isu persaingan dalam industri berkaitan ayam dan telur ayam.

Menurut kenyataan MyCC pihaknya akan mengambil tindakan ke atas sebarang tindakan sabotaj ekonomi terhadap rakyat melalui elemen kartel atau penyalahgunaan kuasa dominan serta monopoli dalam industri ayam serta telur ayam di negara ini.

“MyCC tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas berdasarkan kuasanya di bawah Akta Persaingan 2010 terhadap pihak-pihak berkenaan.

“Tindakan ini termasuk mengenakan penalti maksimum dan tindakan tegas lain bagi memastikan penindasan ini dihentikan sama sekali demi kepentingan rakyat,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara mengenai Industri Pengeluaran Makanan yang dipengerusikannya memutuskan harga runcit maksimum bagi ayam standard dikurangkan sebanyak 20 sen kepada RM8.90 daripada harga siling RM9.10 yang ditetapkan.

Sementara itu, harga telur ayam untuk semua gred kekal seperti harga kawalan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) semasa.

Pelaksanaan kedua-dua harga berkenaan akan bermula dari 5 Februari sehingga 5 Jun ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda