Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Penubuhan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) Kg Sentul Patah

By 17 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norhasirah Deris(Marang)/JPKK Sentul Patah

MARANG, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Secara rasminya Kampung Sentol Patah, Marang telah membuka Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) yang akan memberi banyak manfaat kepada semua terutamanya penduduk setempat.

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah komputer yang dilengkapi dengan jaringan internet, perkhidmatan pencetakan dan binding, serta fotostat yang dijangka akan memudahkan penduduk setempat.

Orang ramai yang hadir juga boleh menggunakan ruangan PEDI untuk mesyuarat, kursus dan latihan ICT dengan tenang kerana suasana PEDI yang selesa dan bersih turut dilengkapi dengan penghawa dingin.

PEDI beroperasi setiap hari bermula pada 9:00 pagi hingga 6:00 petang dan hanya ditutup pada hari kelepasan am negeri dan persekutuan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda