Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Nasi Kandar Melayu

By 17 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Salinah Salleh (Sarawak)

KUCHING, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Nasi kandar begitu sinonim dengan masyarakat India di kawasan utara semenanjung Malaysia. Hidangan nasi bersama lauk pauk pelbagai jenis dan pelbagai campuran kuah ‘banjir’ sememangnya menyelerakan sesiapa sahaja yang memandang. Di tambah lagi dengan aroma masakan tersebut. Pasti ada yang kecur liur sehingga membangkit keinginan untuk merasa dan mencuba masakan itu.

Menyedari keadaan tersebut, Siti Huzaimah Shahdan, 43 tahun memberanikan diri mengetengahkan menu tersebut sebagai sebahagian daripada produk jualannya dengan nama Nasi Kandar Melayu.

“Nasi kandar merupakan menu kegemaran keluarga kami setiap kali bertandang ke Kuala Lumpur. Jadi, saya fikir apa salahnya saya mencuba menjual hidangan tersebut versi Melayu memandangkan saya bukan berbangsa India.

Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan dan ia berjaya menjadi sebahagian daripada signature restoran kami”, kata Siti Huzaimah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda