Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Peranan Guru KAFA Terus Dihargai

By 25 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil/ PUSRASIK (Sik)

SIK, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Sebagai menghargai jasa serta pengorbanan guru-guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA), Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sik telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Persatuan Guru-guru Sekolah Pendidikan Islam SPI/KAFA Negeri Kedah (PERGUSKA).

Sumbangan disampaikan kepada Pengerusi Persatuan Guru-guru Sekolah Pendidikan Islam SPI/KAFA Negeri Kedah (PERGUSKA) Cawangan Sik, Ustaz Mohd Zainuddin Adnan adalah sebagai penghargaan kepada mereka dalam meningkatkan lagi kualiti pengajaran serta membantu pembangunan pendidikan KAFA di daerah ini.

“Semangat para guru KAFA dalam mendidik anak-anak bangsa harus diberi penghormatan dan begitu dikagumi. Guru-guru inilah yang memainkan peranan penting dalam membekalkan ilmu agama, khususnya Fardu Ain, ibadat, aqidah dan hukum agama untuk melahirkan modal insan berkualiti duniawi serta ukhrawi,” ujarnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda