
Laporan/foto: Shaik Mohd Fikri Shaik Ismail/Mohd Hafizi Hashim (Setiu)
SETIU, 25 Feb (Malaysiaaktif) – Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man merasmikan Projek Pemuliharaan Muara Sungai Setiu yang bernilai RM150 juta di Dewan Medan Ikan Bakar Kampung Mangkuk, Setiu pagi tadi.
Kerja-kerja pembinaan telah dijalankan bermula pada Januari 2022 dan dijangkakan akan siap pada 25 Januari 2025, ia juga memberi perlindungan kepada perusahaan ternakan ikan sangkar, lokan, kepah dan kerang di dalam lagun Setiu dalam menyokong peningkatan industri perikanan negeri dan mengurangkan risiko kerugian harta benda serta kehilangan nyawa akibat banjir pantai.
Projek ini dilaksanakan untuk memudahkan nelayan, pengusaha bot, pelancong dan penduduk setempat menjalankan aktiviti sosio-ekonomi mereka selain ia dapat mengekalkan kedalaman laluan navigasi.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu mewakili Menteri Besar Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Farok Hussin Tengku Abdul Jalil serta Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir.
-ZS-