Laporan/foto: Chan (Sarawak)
BINTULU, 25 Feb (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Pembangunan Ekonomi Antarabangsa Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC), Pejabat Residen Bahagian Bintulu dan juga Pejabat Daerah Bintulu telah mengadakan Program Jum Regista Bisnes di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.
Program ini akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 25 dan 26 Februari 2022, dan akan dirasmikan Timbalan Ketua Menteri yang juga merangkap Menteri MINTRED, YB Datuk Amar Awang Tengah Bin Ali Hasan pada 26 Februari 2022.
Tapak pameran mini seperti Agro Bank , Bank Rakyat turut disediakan untuk memudahkan peserta program mendapatkan maklumat tentang pinjaman dan maklumat lain.
-ZS-