Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Semangat Gotong-royong dalam Kalangan Peneroka Felda Masih

By 22 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Akma Zaidi/Azizul Mohamed (Pahang)

MARAN, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Semangat gotong-royong masih utuh dalam kalangan peneroka Felda apabila 90 peratus penduduk turut serta dalam Program Gotong-Royong Perdana dan Ramah Mesra Komuniti Felda Bukit Tajau baru-baru ini.

Penganjuran gotong- royong ini adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan penduduk bagi memastikan kebersihan kawasan persekitaran serta dapat mengeratkan hubungan antara keluarga dan jiran.

Program ini dianjurkan secara bersama oleh Pejabat Parlimen Maran, Pejabat Adun Luit, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) turut membuat pameran bagi memasarkan informasi dan perkhidmatan kepada masyarakat setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda