Laporan/foto: Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu)/Nisa Terengganu
KUALA TERENGGANU, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Program Terengganu Hijab Day merupakan aktiviti tahunan Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Kebajikan Wanita Nur Insani (Nisa’ Terengganu) sejak tahun 2017 dan pada tahun 2019 program ini telah diperkasakan dengan jalinan kerjasama ADUN Wanita, Negeri Terengganu, Zuraida Mohd Noor yang turut merasmikan program tersebut, Sabtu lalu.
Pada tahun ini ‘Sempurnakan Hijabmu’ diangkat sebagai tema sebagai usaha dakwah menggalakkan masyarakat umum kursusnya kaum wanita bertudung dan menutup aurat dengan sempurna mengikut syariat islam.
Antara aktiviti yang dijalankan pada tempoh kempen antaranya, Pertandingan Video dan Wefie THD, Sambutan Terengganu Hijab Day dan Gelombang Kempen Terengganu Hijab Day melibatkan kempen di seluruh Daerah di Negeri Terengganu (Street Dakwah).
-ZS-