Skip to main content
HomeMATerengganu

Forum Wanita Tersakiti, Ketahui Hak Anda.

By 14 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 13 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 300 peserta wanita dari Daerah Kemaman hadir dalam program Forum Wanita Tersakiti, Ketahui Hak Anda yang berlangsung semalam selama empat jam di Dewan Dato’ Seri Amar Diraja, Kemaman.

Forum tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor yang menampilkan dua orang ahli panel terdiri daripada Inspektor dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan seorang Peguam.

Para hadirin khusyuk mendengar penjelasan isu daripada ahli panel.

Para hadirin khusyuk mendengar penjelasan isu daripada ahli panel.

Forum ini adalah anjuran Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) dengan kerjasama Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional, ADUN Wanita Terengganu serta Institut Modal  Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS).

-ZS-

 

Tinggalkan komen anda