Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Wajah Baharu Tasik Biru Tarikan Eko Pelancongan

By 21 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)

BAU, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Tasik Biru yang terkenal dengan perlombongan emas dan mempunyai legendanya tersendiri, kini telah berwajah baharu.

Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan dengan kerjasama Majlis Daerah Bau telah membangunkan semula persekitaran di kawasan Tasik Biru untuk dijadikan destinasi eko pelancongan di Sarawak.

Bong Sheng Lun, 34, dan isterinya Alice Chai, 29, terpegun dengan perubahan tasik ini yang dihidupkan semula dengan penyediaan pelbagai aktiviti seperti berkayak, berbasikal air dan ‘chalet’ terapung.

-ZS-

Tinggalkan komen anda